Friday, February 27, 2009

Kursus AFD @ Fototeacher


Group foto selepas tamat kursus

Langkah pertama nak hasilkan gambar yang superb kenalah ada ilmu, macammana nak dapat ilmu?, kenalah cari guru, siapa guru?, tentulah otai-otai yang dah established dalam dunia fotografi. Dalam kes saya ni, saudara Hasnuddin Abu Samah menjadi pilihan. So, pada 16-17 Disember 2008 hari tu sempatlah jugak masuk kelas Asas Fotografi Digital yang dianjurkan oleh En. Hasnuddin dari fototeacher. Kelas ni memang best, sebelum ni kalau 'tangkap gambar' tu main hentam kromo jer, tapi sekarang ni dah tahu la serba sedikit teknik yang betul. Thanks to En. Hasnuddin dan fototeachers.com crew members (Amin and Ally).


SIFU Adan sedang berusaha nak bagi murid-murid tua faham fungsi AE/AF lock.

Wednesday, February 4, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Tahun baru datang lagi, maka bermulalah lembaran baru untuk di isi dengan sebaik mungkin. Dah nak masuk bulan Mac dah, rasanya masih dalam mood tahun baru lagi. Create blog sendiri antara agenda yang nak dimuatkan dalam kalender 2009 ni. Dah lama dah nak tulis, baru sekarang berkesempatan.

Kalau nak diikutkan perancangan untuk tahun 2009 ni memang banyak, antaranya nak memantapkan lagi hobi fotografi yang dah lama tinggal disebabkan kekurangan $$$. Maklum jelah hobi ni antara hobi yang termahal yang terdapat di atas muka bumi ni. Bagi mereka yang betul-betul gila (extreme) sanggup berhabis puluhan ribu RM semata-mata nak mendapatkan imej yang superb. Era digital dan IT banyak membantu mempermudah proses penghasilan imej berkualiti dan yang paling penting dapat menjimatkan kos. Atas sebab itu jugalah hobi lama ni muncul semula.

Bukan senang nak jadi seorang jurugambar hebat seperti Bustamam Mokhtar, Saiful Nang, Hasnuddin, Shamsahrin, Din Arshad, Ted Adnan dll, mereka ni antara contoh-contoh jurugambar pro (Melayu) yang hebat yang mana hasil kerja mereka memang 'world class', kagum-kagum. Siapalah saya nak dibandingkan dengan mereka yang memang dah bergelumang dengan dunia ni sejak berpuluh tahun serta berpendidikan dalam bidang tersebut. Memang tak boleh nak lawan.

Kehadiran saya dalam dunia fotografi bukan untuk menandingi kehebatan mereka, cuma nak mencari kepuasan dalam menghasilkan imej yang berkualiti untuk koleksi peribadi. Tak salah kalau kita jadikan mereka yang hebat dalam bidang ni sebagai template dan acuan untuk kita jadi seperti mereka. Siapa tahu?