16 dan 17hb. lepas menghadirkan diri untuk workshop pembangunan Iskandar Waterfront di Johor Bahru. Workshop bertujuan mengenalpasti hala tuju pembangunan beberapa bidang tanah di sekitar Selat Johor yang mana keseluruhan berjumlah 3,020 ekar untuk dibangunkan sebagai Iskandar Waterfront.
Macam-macam strategi keluar dan yang pasti hanya golongan tertentu sahaja yang akan mendapat faedah. Terfikir di kepala apa akan jadi dengan orang-orang kampung yang dah bearada di sini bertahun-tahun dan mungkin berpuluh tahun dan mungkin juga beratus tahun yang bergantung hidup dengan laut sebagai punca pendapatan sekiranya kawasan mereka dibangunkan. Yang paling aku bimbangkan tanah-tanah ni semua di jual kepada investo-investor luar, orang kita hanya boleh tengok dan merempat di tempat sendiri. Itulah nasib yang bakal menimpa orang kita antaranya orang asli, kampung-kampung tradisi dan beberapa kampung setinggan.
Di sudut yang lain pula, kesan terhadap eko-sistem kawasan ni dah tentu tak betul macam sediada. Paya bakau dah tentu tumbang, kawasan pembiakan ikan, kupang, udang, ketam dll akan musnah. Secara peribadi aku memang tak berapa nak setuju dengan cadangan ni.






